Berak Punya Obama

Category: By Oh!Peterpan
Obama datang ke Malaysia?



Pelanduk dua serupa daa...
 


SMS seorang sahabat

Category: By Oh!Peterpan
Apa pendapat anda tentang mesej ini??

Saya tidak dapat kepastian siapa yang memberikan SMS ini, tetapi apa yang didalam SMS ini amat menarik hati saya untuk membaca. Beliau berbicara mengenai agama islam, jadi sebarang kesilapan saya harap anda dapat tegur saya.

Sama-sama kita saling membantu, saya hanya seorang yang masih belajar, saya tahu ramai yang berilmu diluarsana apa salahnya kita berkongsi ilmu dan saling tunjuk ajar. Ilmu tersebut pasti lebih berkat. Saya kongsikan bersama anda SMS yang saya katakan itu.

Apa yang diberitahu ialah :
Jika anda seorang muslim, anda jangan memanggil "mosque" tetapi masjid ini kerana organisasi islam menemukan bahawa "mosque" merupakan nyamuk. Janggan kamu tulis "mecca" tetapi tulislah "mekah" kerana "mecca" membawa maksud rumah anggur/bir. Jangan ditulis "mohd" tetapi tulislah dengan lengkap iaitu "muhammad" kerana "mohd" adalah anjing bermulut besar. Jangan ditulis "4JJI" tetapi tulislah "ALLAH SWT" kerana "4JJI" adalah "For Judas Jesus Isa Al-masih". Jangan kamu tulis "askum/akum" tetapi ditulislah dengan lengkap iaitu Assalamualaikum / salam kerana askum adalah celakalah kamu.

Itulah yang dikirim oleh sahabat ini, dan diakhir SMS beliau mengatakan sebarkanlah kepada umat islam / muslim lain semampu anda. Saya rasa ia memang berguna bagi kita sebagai seorang muslim. Jika ada salah silap harap anda dapat tegur. Assalamualaikum.
 


Peminat Roti Canai

Category: By Oh!Peterpan
Seorang sahabat saya yang mengambil kursus Sport Science dari UPM memberitahu sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin tidak akan hidup sehingga umur 55 tahun. Kenapa?

Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 KM berjogging. Maknanya
sekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung. Dah tu kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging. Selain dari itu, terdapat so much oil in roti canai.

Nak uli tepung, taruh minyak, nak canai, taruh minyak, nak goreng taruh minyak. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia). Bila kita exercise, kita peluh. Penyakit keluar bersama peluh, itu pasal kita sihat bila berpeluh. Sekarang, kita makan tukang roti canai punya penyakit pulak.

Lagi satu, jangan makan roti canai yang tukang buatnya pakai cincin sebelah kiri. Faham-faham ajelah.


 


Aboutreika: memperjuang keadilan dari tengah padang

Category: By Oh!Peterpan

Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia. Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.


Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel. Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.

Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra, Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza, berani berseorangan menegakkan kebenaran.


 


Membuka gelanggang Aku Peterpan

Category: By Oh!Peterpan
Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, aku memulakan blog aku yang terbaru.

Blog ini berbeza sedikit dengan blog aku yang aku create sebelum ni. Sekadar ingin mencuba personal blog plak. Aku memilih blogger kerana lebih mudah, aku malas nk guna wordpress walaupun ada yang menarik, tapi terlalu complex untuk aku. Benda yang leceh2 nie, malas aku nak layan.

Malam dah makin larut. Angin pulak kuat kat perlis ni. Kalau layan tidur nie, memang best. Tapi aku sebenarnya nak test template blog yang baru dipasang 2 hari lepas. Not bad. Aku rasa la..huhuhu...Berpinau mata aku mencari template dan widget untuk blog ni, pakai ni je la sampai muntah.

Takat nie dulu. Aku nak try tengok hasilnya. Taip panjang2 karang, hasil tak lumayan, buat penat badan je..

Chow