SMS seorang sahabat

Category: By Oh!Peterpan
Apa pendapat anda tentang mesej ini??

Saya tidak dapat kepastian siapa yang memberikan SMS ini, tetapi apa yang didalam SMS ini amat menarik hati saya untuk membaca. Beliau berbicara mengenai agama islam, jadi sebarang kesilapan saya harap anda dapat tegur saya.

Sama-sama kita saling membantu, saya hanya seorang yang masih belajar, saya tahu ramai yang berilmu diluarsana apa salahnya kita berkongsi ilmu dan saling tunjuk ajar. Ilmu tersebut pasti lebih berkat. Saya kongsikan bersama anda SMS yang saya katakan itu.

Apa yang diberitahu ialah :
Jika anda seorang muslim, anda jangan memanggil "mosque" tetapi masjid ini kerana organisasi islam menemukan bahawa "mosque" merupakan nyamuk. Janggan kamu tulis "mecca" tetapi tulislah "mekah" kerana "mecca" membawa maksud rumah anggur/bir. Jangan ditulis "mohd" tetapi tulislah dengan lengkap iaitu "muhammad" kerana "mohd" adalah anjing bermulut besar. Jangan ditulis "4JJI" tetapi tulislah "ALLAH SWT" kerana "4JJI" adalah "For Judas Jesus Isa Al-masih". Jangan kamu tulis "askum/akum" tetapi ditulislah dengan lengkap iaitu Assalamualaikum / salam kerana askum adalah celakalah kamu.

Itulah yang dikirim oleh sahabat ini, dan diakhir SMS beliau mengatakan sebarkanlah kepada umat islam / muslim lain semampu anda. Saya rasa ia memang berguna bagi kita sebagai seorang muslim. Jika ada salah silap harap anda dapat tegur. Assalamualaikum.
 

0 comments so far.

Something to say?